Kreystel Insight
KOD PUSAT : SI0651 | Yun Fook Industrial Complex Lot 35 Keningau
Kreystel Insight
KOD PUSAT : SI0651 | Yun Fook Industrial Complex Lot 35 Keningau
Visi
Menjadi peneraju pembangunan modal insan TVET, pengajar profesional dan usahawan berdaya saing yang mampu memenuhi keperluan industri di Sabah pada tahun 2031
MISI
1. Memperkasa Modal Insan TVET
Menyediakan latihan kemahiran, pensijilan, peningkatan tahap dan program pembangunan berterusan selaras dengan standard industri serta keperluan pekerjaan sebenar.
2. Melahirkan Pengajar TVET Profesional
Membangunkan pengajar, coach dan trainer melalui latihan pedagogi, NDTS/SLDN, modul pengajaran moden dan kompetensi industri yang terkini.
3. Membangun Usahawan Berdaya Saing
Menyediakan program bimbingan keusahawanan, pembangunan perniagaan, pemasaran digital dan pengurusan strategik untuk melahirkan usahawan yang mampan.
4. Menyokong Ekosistem Industri
Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan industri, kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti bagi meningkatkan peluang pekerjaan, latihan dan penempatan.
5 Melahirkan Tenaga Kerja dan Usahawan Berintegriti
Menanam nilai profesionalisme, disiplin, etika kerja yang tinggi dan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam setiap peserta.